Wednesday 25 November 2015

LINK CUSTOM ROM DAN STOCK ROM



Assalamualaikum.

Di sini admin inginkan kongsikan link laman sesawang (website) di mana anda boleh dapatkan custom rom dan stock rom untuk Lenovo anda. Mungkin ada lagi, ini adalah antara yang boleh dipercayai dan pernah dicuba sendiri oleh admin.

1. Needrom - http://www.needrom.com/
    Antara website popular untuk mencari rom phone Lenovo. Namun perlu diingat, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum diberi link download.

2.  4pda - http://4pda.ru/
     Ini adalah forum Rusia. Jadi website ditulis dalam tulisan dan bahasa Rusia. Jadi anda perlu translate sebelum dapat membacanya (melainkan anda faham bahasa Rusia). Cara untuk translate, anda boleh guna Google Chrome. Chrome mempunyai fungsi untuk translate.

3.  Facebook  Group
     Anda boleh gunakan fungsi search dalam aplikasi atau webite Facebook dan cari group facebook anda. Ada beberapa group yang hanya mengehadkan perkongsian link rom. Jadi anda perlu "join" dahulu group tersebut sebelum dapat melihat dan mendownload rom tersebut. PASTIKAN ANDA MEMATUHI ARAHAN DAN PERATURAN GROUP TERSEBUT.

4.  Google - http://www.google.com
     Ini adalah cara yang berkesan tapi perlukan kesabaran tinggi dalam mencari website atau forum atau blog yang boleh dipercayai dan boleh diguna pakai. Anda juga perlu bijak dalam menggunakan fungsi carian. Tidak perlu tulis panjang seperti "custom rom lenovo s90 sisley lollipop taknak kitkat". Anda boleh guna seringkas yang boleh seperti "rom lenovo s90 lollipop" atau rom lenovo s90 5.0".

5.  Forum XDA Developer - http://www.xda-developers.com/
     Ini adalah forum yang popular mengenai development smartphone. Kebanyakan developer, yag mana kebanyakkannya developer dari luar negara banyak menggunakan XDA sebagai medium mereka berkongsi pelbagai bentuk development untuk smartphone. Mungkin tidak banyak model lenovo ada dalam forum ini (lebih-lebih lagi model lama), tetapi anda boleh cuba, terutama model Lenovo yang baru.